Thursday, 3 July 2014

Baby Bullet - Sediakan makanan bayi semudah abc123

Selamat petang. Harini hr posa ke-6 

Alahi tajuk xmenahan.. ala2 magazine gitu.. hehe

Cik Jannah will be 6 month in 2 weeks! And starts 2 weeks before hari2 Cik Kiah duk gugel pasal tips2 bagi baby makan. Suggested untuk moms untuk sediakan makanan baby sendiri from fresh ingredients.Makanan beli siap kt pasoraye byk preservative katenye. its not good for tumbesaran babies.. ecewahhh..

The good thing is kita tahu ape ade dlm foods ank2 kita consume.. Cuma perlu berkorban untuk sediakan mknn tulah.. aaa... macam leceh (-_-'). Cik Kiah pernah buatkan bubur untuk cik jannah.. masa testing2 bg beliau makan.. da masak bubur cik kiah tapis lak tuk dptkan tekstur y betul2 lembut.. takot kalo Cik Jannah tecekik. Nk dptkn Sesudu tu pn lenguh tgn mak nak.. hahaha

Jadi Cik Kiah cari alat y memudahkn kerja Cik Kiah (*nmpk sgt malasnye... kuikuikui (-_-") ). Hrni Cik Kiah nk cerita pasal set baby bullet. Cik kiah beli through Lazada. cume RM83.. Order hr Isnin Selasa tengahari da sampi. Cepat n efektif sungguh warga Lazada wat keja.. 

Dlam kotak ni ad 20pcs item

  • 1 x batch bowl
  • 1 x batchbowl lid
  • 1 x power base
  • 1 x baby blend blade
  • 1x milling blade
  • 1 x easy pop batch tray
  • 1 x easy pop batch tray lid
  • 6 x dare dial storage cups
  • 1 x spatula
  • 1 x short cup
  • 1 x stay fresh resealable lid
  • 1 x tip proof tray
  • 1 x user manual and cookbook
  • 1 x pocket nutritionist
  •  1x bag


 


Gambar ni cik kiah amek dr website Lazada sebab mmg sebiji sebotol camni y sampi kt Cik Kiah. Cik Kiah da guna blender ni buat puree buah pisang, puree kurma and puree buah peach. Senang sgt nak guna just masukkn buah then trus tekan dlm power base dia. N hasilnya mmg sgt halus xperlu la Cik kiah tapis before suap kat Cik Jannah. Sebiji pisang Cik Jannah makan dua kali, so Cik Kiah simpan dalam bekas y comel lote ni.. time dia nk makan just kuarkan dr fridge thaw smpai suhu bilik.. Cik Kiah kuarkan 2 jam awal sblm meal time beliau. Sbb cik kiah buat n habiskan hr y sama Cik Kiah xsmpan dlm freezer.

Next Cik kiah nk pakai milling blade dia untuk buat cereal Cik Jannah. Caranya 

1. Beras secawan
2. blend guna milling blade sampi halus
3. Reneh atas api sampi masak
4. Simpan dlam bekas. Kelaurkan 2 serving tuk makan hari y sama. Y balance simpan dalam freezer untuk guna esok lusa tulat etc etc smpi habis (lpas tulat apa..? ahahaha)

Nanti dah buat cik kiah update.. (^_^)

Ni tips simpan makanan bayi. Cik Kiah ambil dr page Baby Center

Bagaimana cara menyimpan makanan bayi dengan selamat?

Ikutilah tip-tip berikut untuk memastikan makanan bayi anda disimpan dengan selamat:
  • Jika anda menyediakan makanan bayi dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan, sejukkannya dengan segera dan simpan dalam peti sejuk. Sejuk bekukan mana-mana makanan yang tidak akan diguna dalam masa 24 jam
  • Jika bayi anda tidak habis makan, buang sisa makanan tersebut. Makanan yang telah terkena air liur mengandungi bakteria yang akan berganda jika disimpan.
  • Semak tarikh luput makanan. Jika ada lebihan makanan dalam botol yang telah dibuka, anda boleh simpan dalam peti sejuk selama 24 jam. Walau bagaimanapun, buang lebihan makanan yang telahpun dipanaskan sekali, serta botol di mana makanan di dalamnya telah disuap kepada bayi anda.
  • Periksa suhu peti sejuk anda. Ia sepatutnya berada di antara kosong dan lima darjah Celcius. Belilah termometer peti sejuk jika anda belum mempunyainya.


Dengan adanya blender ni, bolehla Cik Kiah bekalkan fresh puree and foods tuk Cik Jannah hari2 di uma and d uma beby sitter. Smeoga Cik kiah kekal rajin! Cik Jannah y nak makan.. mama dia y esaited! yeayyyy... hehe v(>_<)v





No comments:

Post a Comment